suria

SDO Disaran Kenalpasti Isi Rumah Berpendapatan Rendah

KOTA KINABALU: Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO) diminta supaya kreatif dan inovatif dalam mengenal pasti mereka yang berpendapatan rendah di negeri itu agar bantuan boleh disampaikan kepada mereka.

Pembantu Menteri Kemajuan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid mencadangkan bahawa SDO bekerjasama dengan wakil rakyat bagi menangani masalah itu daripada bergantung pada pangkalan data e-Kasih dan maklumat yang dikumpulkan oleh Jabatan Perangkaan.

"Tidak kira berapa kali kita cuba mendapatkan isi rumah berpendapatan rendah mendaftar di bawah program e-Kasih namum tidak semua berbuat demikian," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Wanita Umno bahagian Sepanggar di sini, Ahad.

Jainab, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, berkata masalah keluarga berpendapatan rendah belum didaftarkan dalam program e-Kasih bukan sahaja dihadapi di kawasannya tetapi juga di kawasan lain di negeri itu.

Beliau berkata kawasan DUN Karambunai telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan isi rumah berpendapatan rendah bagi menangani aduan oleh orang yang tidak sedar yang mereka dikehendaki berbuat demikian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain