suria

Rumah Dipecah Masuk: Ahli Perniagaan Rugi RM70,000

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM70,000 selepas kediamannya di Kampung Undang, Marang dipecah masuk empat lelaki bertopeng dan bersenjata tajam serta kayu awal pagi Ahad.

Kejadian berlaku pukul 3 pagi ketika ahli perniagaan tersebut bersama tujuh anggota keluarganya sedang nyenyak tidur, kata Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahya kepada Bernama, di sini.

Katanya kumpulan penyamun itu dipercayai masuk ke rumah tersebut selepas mengumpil pintu belakang.

"Keempat-empat perompak berkenaan bertindak mengikat kaki serta tangan tiga orang dewasa menggunakan dawai penyidai kain sebelum menggeledah rumah berkenaan. "Suspek juga meminta kesemua mangsa menyerahkan barangan berharga seperti barang kemas, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai sebelum melarikan diri," katanya.

Mazlan berkata polis percaya kesemua suspek adalah warga asing dan polis kini giat memburu mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain