suria

Pemandu Lori Indonesia Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di kawasan pembinaan jejambat Persiaran Kewajipan, Jalan Puchong-Shah Alam, di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mayat Yusaini Safari,43, seorang pemandu lori dtemui rakannya di tapak pembinaan itu pukul 6.30 pagi tadi. "Mangsa yang berasal dari Aceh dan sudah bekerja di tapak pembinaan itu sejak tiga bulan lepas, ditemui ketika rakannya hendak mandi pagi tadi. "Terdapat kesan luka di leher hingga ke pipi mangsa, dipercayai suspek menggunakan sejenis senjata tajam," katanya kepada Bernama menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Yahaya berkata motif kejadian masih disiasat namun barangan berharga seperti wang dan telefon bimbit milik mangsa ditemui bersama mayat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain