suria

Lelaki Maut Dalam Kejadian Langgar Lari

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Langgar-Tanjung Musang di sini malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa Mohd Asri Samsudin, 46, dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Tok Salam, Jalan Naka selepas pulang dari kerja.

Adik mangsa, Siti Mariam, 44, berkata dia dimaklumkan bahawa abangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta dan terjatuh sebelum dilanggar pula oleh sebuah motosikal lain dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta yang melanggar abang saya itu telah melarikan diri manakala penunggang motosikal itu kini dirawat di hospital ini kerana patah kaki," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Ahad.

"Apa yang menyedihkan, hari ini adalah hari lahirnya yang ke-46," kata Siti Mariam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, "Kereta yang melanggar mangsa tiada di tempat kejadian dan pihak kami mempercayai ini sebagai kes langgar lari". -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain