suria

Empat Lelaki Yang Dikehendaki Polis Sejak 6 Tahun Ditahan Di Besut

BESUT: Empat lelaki yang menjadi buruan polis sejak 2006 berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu oleh polis daerah Besut di sini lewat malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata kesemua suspek itu ditahan di sekitar daerah iaitu di Kampung Raja, Jerteh dan di Pasir Akar, Hulu Besut.

Katanya salah seorang suspek terbabit dalam kesalahan di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan pada tahun 2006 dan seorang lagi melakukan kesalahan melupuskan barang kes pada 2008.

Manakala dua lagi suspek terbabit dalam kes mencederakan mangsa pada tahun 2008 dan 2010, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Noor Zainy berkata dalam operasi itu, pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan trafik terhadap 327 buah motosikal, 251 kereta, 29 van, 19 lori dan dua buah bas.

Katanya polis telah mengeluarkan sejumlah 251 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pusat kafe, 10 chalet penginapan dan dua buah pusat karaoke. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain