PM Mahu Petani Lakukan Lonjakan Berganda - Semasa | mStar

PM Mahu Petani Lakukan Lonjakan Berganda

CHINI: Penduduk luar bandar khususnya golongan petani perlu melaksanakan transformasi minda jika mahu menikmati perubahan besar dan taraf hidup yang lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata transformasi itu penting dalam usaha membawa perubahan besar kepada rakyat sama ada dari segi meningkatkan taraf kehidupan, pendidikan yang lebih sempurna, keperluan kesihatan mahupun pekerjaan atau perniagaan mereka.

"Jangan jadi petani yang hanya duduk dalam kepompong. Dapatkan idea daripada mereka yang berjaya dan jadilah petani yang bukan setakat pengeluar tetapi juga berjaya dalam rantaian perniagaan pertanian di peringkat global dan antarabangsa," katanya ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka Felda di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini, di sini Jumaat.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Perdana Menteri berkata beliau mahu melihat kepada perubahan bersifat lonjakan berganda dan besar-besaran.

"Itu matlamat sebenar dan saya ingin transformasi negara yang kita perjuangkan hari ini dari Utara hingga ke Selatan dirasai setiap pelosok rakyat," katanya Najib berkata para petani juga perlu lebih kreatif seperti menggunakan teknologi tinggi dan moden dalam melonjakkan hasil pertanian sekaligus mendapat pendapatan yang lumayan.

"Mereka juga perlu melihat kejayaan para usahawan tani yang menyertai program Mini MAHA itu sebagai sumber inspirasi dan pencetus semangat untuk terus berjaya dalam bidang pertanian.

Najib turut memuji usaha Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani (MOA) yang menjenama semula program MOA Bersama Rakyat dengan nama Mini MAHA Pekan 2012 sempena pameran MAHA (Pameran Pertanian Holtikultur dan Agro Pelancongan) pada November dan Disember, ini di Serdang, Selangor.

"MAHA ini dibuat dua tahun sekali, rebutlah peluang untuk pergi melawat, sebab pelbagai peluang dan teknologi dipamerkan di situ yang mungkin dapat membantu usaha tuan-tuan untuk mempertingkat hasil pertanian," katanya.

Mini MAHA Pekan 2012 merupakan yang ketiga selepas pertama kali diadakan di Pontian, Johor dan Taping, Perak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PM Gesa Golongan Muda Berfikir Kritis

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain