suria

PM Gesa Golongan Muda Berfikir Kritis

SHAH ALAM: Belia Malaysia perlu mengamalkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi dan tidak dipengaruhi oleh komen negatif yang dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu di internet, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, generasi muda mesti berupaya untuk berfikir secara kritis dan boleh membezakan kenyataan palsu dan benar yang telah dibuat di media sosial.

"Minda orang muda perlu mampu berfikir secara kritis dan mengamalkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi kerana terdapat banyak (tuduhan) di seluruh rangkaian sosial. Kita tidak mahu pemimpin yang mempunyai lakonan dan kemahiran pidato yang baik dan menyalahkan orang lain tanpa fakta yang betul, untuk mempengaruhi belia.

"Ia mudah, anda berfikir secara logik, Malaysia tidak akan berada seperti sekarang tanpa Kerajaan. Malaysia bukan sebuah negara yang gagal. Kita mempunyai cerita kejayaan yang baik untuk 55 tahun yang lalu," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pemikir Muda Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain