suria

'Bapa' Bayi Yang Ditemui Mati Dalam Beg Ditahan

KUALA TERENGGANU: Remaja lelaki yang bertanggungjawab terhadap terhadap gadis berusia 16 tahun yang mengandung dan meletakkan bayi perempuan yang baru lahir yang telah mati di dalam beg rakan sekelasnya telah ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, polis telah menahan suspek yang berusia 19 tahun di rumahnya di Cherang Guling, Marang pada pukul 4 pagi Sabtu.

"Kami berjaya mendapatkan maklumat penting daripada gadis itu ... kita tidak membuang masa dalam menahan suspek.

"Suspek telah ditahan sehingga 13 Julai bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sabtu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati budak lelaki dan gadis itu bukan pasangan kekasih tetapi mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali pada tahun lepas.

"Selepas soal siasat, kedua-dua mereka mengaku bukan pasangan tetapi mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali.

"Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk menentukan sama ada budak itu terlibat dalam jenayah lain juga," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pelajar itu telah meminta rakan sekelas memegang beg sekolahnya selama 17 jam.

Dia telah menyerahkan beg itu sejurus selepas melahirkan seorang bayi perempuan di asrama sekolah kira-kira pukul 1.00 pagi pada hari Selasa.

Doktor mendapat tahu tentang kelahiran itu apabila dia mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan mengadu sakit perut.

Bedah siasat menunjukkan bahawa bayi itu berjaya dilahirkan, tetapi mengalami lebam-lebam di kepala dan paru-paru berair.

Artikel Sebelum

Artikel Lain