suria

Suami Isteri Bebas Pertuduhan Tipu Penerbit Stesen TV Taiwan

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menipu seorang penerbit stesen televisyen Taiwan membabitkan wang berjumlah US$269,000 pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap warga Nigeria Francis Chinedu Eberendu, 37, dan isterinya, M. Neermaladevi, 48, seorang rakyat tempatan.

"Berdasarkan keterangan saksi, mahkamah memutuskan tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan tertuduh pertama dan kedua bersalah. Tiada sebab untuk mempercayai wang itu adalah harta curi," katanya dalam penghakiman.

Pasangan itu didakwa menipu warga Taiwan Hsing Chieh Chen sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut di CMC Center, Pasaraya Giant, Jalan Connaught, Cheras antara 5 Mei hingga 1 Jun 2011 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 13 saksi memberi keterangan pada perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya Nabilah Ahmad Poad.

Eberendu dan Neermaladevi, yang merupakan ahli perniagaan, diwakili peguam T.James Selladurai. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain