suria

Seorang Wanita Lagi Diserang Di Tempat Letak Kereta

Keadaan Nooralida yang sedang berehat di hospital selepas menjalani rawatan.
Keadaan Nooralida yang sedang berehat di hospital selepas menjalani rawatan.
Keadaan Nooralida yang sedang berehat di hospital selepas menjalani rawatan.

KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita telah diserang pada siang hari di sebuah tempat letak kereta berhampiran sebuah pasar raya besar di sini.

Ketika kejadian, Nooralida M. Noor mahu memasuki keretannya di sebuah pusat membeli-belah pada kira-kira pukul 2.50 petang pada Selasa apabila seorang lelaki secara tiba-tiba masuk ke dalam kenderaannya serta mengelar lengan kiri dan lehernya.

Walaupun wanita itu cuba melawan dan menjerit, lelaki berkenaan terus memberi amaran kepadanya supaya tidak bertindak bodoh, kata wanita itu di akaun Facebook miliknya.

Kekecohan yang berlaku menarik perhatian seorang wanita dan anak lelakinya.

Penyerang itu kemudiannya panik dan melarikan diri.

Nooralida memandu ke stesen polis sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Gleneagles.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin meminta mereka yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi hotline polis Selangor di 03-20529999.

Baru-baru ini, seorang pegawai pemasaran Internet, Chin Xin-ci memberitahu mengenai pengalaman pahitnya yang nyaris diculik oleh dua lelaki di sebuah tempat letak kereta pusat membeli-belah pada 27 Mei lalu.

Kurang 24 jam kemudian, dua wanita telah dirompak sebanyak RM80,000 di tempat yang sama manakala seorang wanita lain dirompak di tempat letak kereta luar berhampiran sebuah pusat membeli-belah pada 4 Jun.

Pada 24 Jun lalu, jari seorang wanita hampir putus dicederakan oleh seorang perompak bersenjata apabila dia berada di hadapan rumah rakannya di Taman Tun Dr Ismail.

Hanya 32 jam sebelum itu, seorang wanita lain telah dirompak dan dikelar pada di kepalanya ketika dia sedang berjalan menuju ke keretanya di sebuah tempat letak kereta pusat membeli-belah.

Sementara itu, Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila didekati oleh mereka yang mendakwa dirinya sebagai anggota polis.

Beliau berkata, kes terbaru pada 27 April lalu apabila seorang pelajar berusia 22 tahun, Teng Sheng Hao dirompak di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota oleh seorang yang menyamar sebagai anggota polis.

Teng mendakwa lelaki itu yang berpakaian biasa datang kepadanya dan menuduhnya terlibat dalam penipuan kad kredit.

Teng bersetuju untuk bekerjasama selepas dia mempercayai bahawa lelaki itu merupakan seorang anggota polis walaupun tidak menunjukkan kad kuat kuasanya.

Lelaki itu merompak Teng dengan mengambil kunci kereta, telefon bimbit dan dompetnya.

Dia juga dipaksa untuk memberikan nombor kad ATM.

Mangsa itu kemudiannya mendapati wang berjumlah RM10,000 telah dikeluarkan daripada akaunnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain