suria

Panel Penasihat Bebas Lawat Lokasi Perhimpunan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Panel penasihat bebas mengenai Bersih 3.0 yang diketuai oleh pengerusi Tun Hanif Omar melawat beberapa lokasi di sini di mana berlakunya perhimpunan itu.

Hanif berkata, para anggota panel melawat beberapa lokasi bagi melihat sendiri bagaimana pengalaman peserta dan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

“Dengan mengunjungi kawasan perhimpunan, kita akan mendapat gambar lebih jelas mengenai apa yang berlaku pada hari tersebut.

“Kita juga akan mengunjungi depot Unit Polis Persekutuan (FRU) dan Pusat Latihan Polis (Pulapol) bagi menentukan tindakan mereka dan sama ada mereka tiba tepat pada masa pada hari perhimpunan itu, dan sekiranya mereka mempunyai persediaan lengkap,” katanya sewaktu sesi lawatan di sini, Khamis.

Empat anggota panel menghabiskan masa kira-kira sejam melawat lokasi perhimpunan termasuk Jalan Raja, Jalan Parlimen dan Dataran Merdeka, di mana peserta didakwa melanggar perintah mahkamah dan memasuki Dataran Merdeka.

Artikel Berikut

Artikel Lain