suria

Mayat Warga Emas Ditemui Reput Di Dalam Rumah

TEMERLOH: Mayat warga emas yang telah reput ditemui di dalam rumahnya di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Seri Ketumbit Kerdau dekat sini, Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansur, mayat Mohd Sharif Ibrahim, 76, ditemui oleh seorang jirannya yang menjenguk ke dalam rumah itu selepas menghidu bau busuk.

"Mayatnya dijumpai terbaring tanpa pakaian atas di lantai simen kira-kira 2.30 petang tadi," katanya kepada pemberita di sini.

Jirannya yang berumur sekitar 50-an telah menjenguk menerusi tingkap dan mendapati mayat Mohd Sharif terbaring di atas lantai dengan keadaan sudah reput dan berulat.

Beliau berkata Mohd Sharif dipercayai telah meninggal sejak empat hari lepas.

"Setakat ini pihak polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah. Dia dipercayai mati akibat sakit tua. Bagaimanapun siasatan masih diteruskan," kata Mohd Noor.

Mohd Sharif tinggal seorang diri sejak kematian isterinya lebih 10 tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain