Mayat Warga Asing Ditemui Di Bawah Jambatan - Semasa | mStar

Mayat Warga Asing Ditemui Di Bawah Jambatan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang warga asing ditemui di bawah jambatan di Taman Seri Pandyan, Jalan Puchong pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat ditemui orang awam kira-kira 11 pagi dalam keadaan telungkup di atas permukaan air sungai yang cetek, dengan kesan cedera di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.

"Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar pendek serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri pada badannya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wan Abdul Bari berkata, mangsa dipercayai mati kurang dari tempoh 24 jam sebelum ditemui, berdasarkan keadaan mayat dan kesan tompokan darah yang ditemui di kawasan kejadian.

Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mayat Bayi Dalam Beg Sekolah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain