suria

Chua Cabar DAP Pertahan Isu Talam

PETALING JAYA: MCA mengalu-alukan tindakan DAP mengeluarkan pelbagai hujah bagi mempertahankan dakwaan skandal penyelewengan RM1 bilion bagi menyelamatkan syarikat pembinaan Talam Corporation Sdn Bhd.

Malah Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar DAP untuk terus membuat kenyataan balas berhubung skandal tersebut.

"Saya alu-alukan DAP untuk mengadakan sidang media berkenaan perjanjian Talam," katanya menerusi akaun twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan beliau kini berada di Program Mini MAHA Pekan 2012 dan tidak mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Kenyataan Chua itu dipercayai sebagai reaksi kepada sidang media Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mendakwa kerugian Talam hampir selesai apabila proses pemulihan hutang dibuat oleh kerajaan Selangor.

Beliau berkata, Talam telah melupuskan aset bernilai RM676 juta bagi melunaskan hutang RM392 juta.

Bukan itu sahaja, MCA juga diberi masa 24 jam untuk menarik balik dakwaan yang disifakan sebagai tidak berasas itu.

Pua dijadual akan mengadakan satu lagi sidang media pada Sabtu ini bagi menolak segala dakwaan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain