Bot Karam Di Sandakan, Dua Murid Lemas - Semasa | mStar

Bot Karam Di Sandakan, Dua Murid Lemas

SANDAKAN: Dua murid lemas manakala empat terselamat apabila bot yang mereka naiki semasa pulang dari sekolah, karam di perairan berhampiran Pulau Timbang dekat sini Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Serabut.

Mayat Sabrurina Mohd Noor, 10, murid Tahun Empat telah ditemui manakala seorang lagi murid Zulaika Amri, 12, murid Tahun Enam belum ditemui.

Empat yang terselamat ialah pemandu bot yang juga bapa Zulaika berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara setahun dan lima tahun.

Amri dan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mereka dilapor dalam keadaan stabil.

Bapa Sabturina, Mohd Noor berkata bot yang dinaiki anaknya itu karam dipukul arus deras di perairan berhampiran Kampung Upak.

"Amri yang juga sepupu saya bersama tiga anaknya yang turut berada di dalam bot itu diselamatkan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Kampung Baru.

Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari Zulaika oleh penduduk kampung dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dihentikan pada pukul 6 petang disebabkan keadaan gelap dan perairan berombak.

Bot yang karam itu ditemui terdampar di Pulau Magandai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Turut meninjau tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa ialah Anggota Dewan Undangan Sekong Datuk Samsuddin Yahya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chua Cabar DAP Pertahan Isu Talam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain