suria

PM Ucap Tahniah Kepada Obama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Barack Obama sempena sambutan ulang tahun ke-236 kemerdekaan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar pada Khamis, Najib menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan baik Obama, Malaysia dan Amerika akan terus menikmati hubungan yang mesra.

"Perdana menteri berharap dapat mengukuhkan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk kebaikan bersama rakyat kedua-dua negara," katanya.

Rakyat Amerika menyambut Hari Kemerdekaannya pada 4 Julai. BERNAMA

Artikel Lain