Edar Dadah: Wanita Thailand Dihukum Gantung - Semasa | mStar

Edar Dadah: Wanita Thailand Dihukum Gantung

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, Rabu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita Thailand setelah didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Natcha Babkaew, 32, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Natcha yang bekerja sebagai penjaja makanan ringan didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,630 gram di lorong 2, Bahagian Kenderaan, Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Bukit Kayu Hitam pada 1.35 petang 19 November 2010.

Mohd Zaki berkata keterangan pembelaan Natcha yang mengatakan bahawa dia tidak mengetahui bahawa beg yang dibawa berisi dadah, tidak boleh dipercayai kerana tertuduh ditawarkan upah yang mahal untuk membawa beg itu.

"Secara umumnya tertuduh tidak menafikan bahawa dia membawa dua beg itu dari Bangkok, yang diterima daripada dua lelaki Afrika untuk diserahkan kepada seorang lelaki Afrika yang lain di pekan Changlun.

"Keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu apa kandungan beg itu hanya diada-adakan bagi melepaskan diri, justeru tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah semasa pembelaannya," kata Mohd Zaki.

Natcha yang menghidap sakit jantung berlubang dan mempunyai seorang anak berusia lapan tahun didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Radzi Shah Ab. Razak manakala tertuduh diwakili peguam Ai Cha Ran. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain