suria

MCA Cabar Kerajaan Selangor Perjelas Skandal RM1 Bilion

Chua mencabar kerajaan negeri Selangor untuk menjelaskan skandal penyelewengan RM1 bilion.
Chua mencabar kerajaan negeri Selangor untuk menjelaskan skandal penyelewengan RM1 bilion.
Chua mencabar kerajaan negeri Selangor untuk menjelaskan skandal penyelewengan RM1 bilion.

KUALA LUMPUR: MCA mencabar kerajaan negeri Selangor untuk menjelaskan perjanjian bernilai RM1 bilion dengan Talam Corporation.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, beliau mendapat maklumat bahawa syarikat senaraian awam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion.

"Kerajaan negeri sebaliknya membeli aset tambahan dari Talam bernilai RM284 juta daripada melunaskan hutang sebanyak RM392 juta itu," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini, Selasa.

Chua turut mencabar Khalid mendedahkan segala transaksi memandangkan Pakatan Rakyat mendakwa mereka mengamalkan pentadbiran telus dan adil.

"Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum mengotakan janjinya yang dibuat pada dua tahun lepas untuk membentangkan kertas putih mengenai kontroversi pemulihan hutang kerajaan negeri melibatkan Talam Corporation Bhd," katanya.

Chua berkata, kerajaan negeri itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendedahkan segala butiran terperinci selaras dengan Undang-Undang Kebebasan Maklumat yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain