suria

Lelaki Tempatan Dan Pasangan Ditahan Terlibat Aktiviti Judi Euro 2012

PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan pasangannya yang juga warga asing kerana disyaki terbabit menerima pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2012 dalam satu serbuan di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Ratan Kumar Singh berkata suspek yang masing-masing berusia 40 dan 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Beverly Hill Apartment Fasa 3, dalam serbuan pukul 6.10 pagi hasil maklumat awam.

Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui komputer riba yang memaparkan laman web dipercayai untuk pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2012, katanya pada sidang media, di sini, Selasa.

Beliau berkata kes disiasat mengikt Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1963.

Mengulas kes berbeza, beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an di kawasan perumahan yang sama pada pukul 6.25 pagi semalam, kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

Hasil serbuan di rumah suspek itu polis merampas dadah dipercayai jenis ketamin seberat 740.85 gram bernilai RM2,000, 166 biji pil ecstacy bernilai RM900 dan kanabis seberat 206.32 gram dengan nilai RM1,500, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain