suria

Khalid Akan Dakwa Pihak Tuduh Selangor Salah Guna Dana

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mendakwa pihak yang menuduh mereka telah menyalahguna dana bernilai RM1 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan yang dilemparkan tidak benar dan telah merosakkan imej kerajaan negeri.

Belia bagaimmanapun enggan mengulas lanjut, kerana telah dinasihatkan oleh peguam dan bimbang ia akan menggangu prosiding.

Pada Selasa, MCA mencabar kerajaan Selangor untuk menjelaskan perjanjian bernilai RM1 bilion dengan Talam Corporation.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, beliau mendapat maklumat bahawa syarikat senaraian awam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion.

Chua turut mencabar Khalid mendedahkan segala transaksi memandangkan Pakatan Rakyat mendakwa mereka mengamalkan pentadbiran telus dan adil.

Beliau dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendedahkan segala butiran terperinci selaras dengan Undang-Undang Kebebasan Maklumat yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain