suria

Buruh Indonesia Maut Kren Dipandu Terbalik

KUANTAN: Seorang buruh warga Indonesia maut selepas kren yang dipandunya terbalik di tapak pembinaan jalan baru Sungai Tamun Chegar, Terah dekat Kuala Lipis.

Dalam kejadian 5.55 petang semalam itu, mangsa, Alam Subajiono, 38, sedang mengendalikan kren tersebut bagi melakukan kerja-kerja pemunggahan bongkah batu besar di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kren berkenaan secara tiba-tiba terbalik menyebabkan mangsa cedera parah setelah tersepit di tempat duduk pemandu. "Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Mohamed Fauzi berkata siasatan mendapati mangsa mempunyai lesen yang sah untuk mengendalikan kren itu.

"Siasatan awal mendapati tapak kawasan berkenaan tidak stabil sehingga menyebabkan kren tersebut terbalik secara tiba-tiba," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain