Anggota Rela Ditahan Disyaki Sewakan Senjata Api - Semasa | mStar

Anggota Rela Ditahan Disyaki Sewakan Senjata Api

KUANTAN: Polis menahan seorang anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) kerana disyaki menyewakan pistol miliknya dengan bayaran RM500.

Suspek berusia 48 tahun itu ditahan ketika dipercayai sedang menunggu seseorang di tepi jalan dekat Taman Gambang Damai di sini pada pukul 10.45 malam tadi.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver dan enam butir peluru terselit di pinggang lelaki terbabit, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis menyerbu rumah lelaki terbabit tidak jauh dari tempat dia ditahan dan hasil pemeriksaan, polis menemui 10 lagi peluru pistol berkenaan dan sepucuk senapang patah bersama 30 butir peluru selain sebuah komputer riba.

"Senapang patah itu mempunyai lesen senjata api yang sah milik Rela manakala pistol yang disewakan itu dipercayai dibeli dari seorang kenalannya dari Thailand beberapa bulan lepas dengan harga RM500," katanya.

Beliau berkata polis percaya pistol yang disewakan suspek itu telah digunakan dalam beberapa kes samun bersenjata di sekitar Kuantan.

Siasatan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan menjalankan aktiviti menyewakan pistol itu sejak dua bulan lepas, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini