suria

Pelancong Arab Mangsa Kemalangan Akan Dikebumi Di Langkawi

LANGKAWI: Tiga pelancong berketurunan Arab yang maut dalam kemalangan antara sebuah teksi dengan lori simen di jalan Ayer Hangat Sabtu lepas akan dikebumikan di Langkawi.

Pegawai Penyiasat Insp Mohd Fairus Mohd Ghazi berkata, tarikh dan tempat pengebumian belum dipastikan kerana masih dalam perbincangan pihak keluarga terbabit.

"Ini dipersetujui oleh keluarga terdekat mangsa yang tiba dari Sudan yang datang ke Hospital Daerah Langkawi pada Isnin untuk menuntut mayat mereka," katanya.

Semua mangsa ialah adik-beradik iaitu, Miriam Mohamed Maisara Hameed, 26, Alaa Mohamed Maisara Abdul Hamed, 16 dan Mohammad Maysra Abdul Hameed, 18.

Kemalangan itu berlaku pukul 4 petang semasa ketiga-tiga pelancong itu menaiki sebuah teksi yang dipandu seorang pemandu teksi tempatan.

Pemandu teksi terbabit dan ketiga-tiga penumpangnya itu maut dalam kemalangan itu apabila teksi yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori simen di kawasan berhampiran tempat membakar sampah di Belanga Pecah.

Tiga warga asing itu yang tiba di Langkawi pada 25 Jun lepas itu dijangka pulang pada Isnin. - BERNAMA

Artikel Lain