suria

Lembah Lenggong, Perak Diiktiraf Tapak Warisan Dunia

IPOH: Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) telah mengiktiraf Lembah Lenggong di Perak sebagai Tapak Warisan Dunia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim pada Ahad berkata, Unesco memberitahu kerajaan pada Jumaat.

Lembah Lenggong di Perak merupakan tempat di mana penemual awal rangka di Semenanjung iaitu ‘Perak Man’ yang berusia 11,000 tahun, dijumpai pada tahun 1991.

Ia merupakan tapak arkeologi yang penting di mana bukti-bukti penempatan manusia dari zaman Paleolitik dijumpai.

Artikel Lain