suria

Kembalikan ‘Perak Man’ Ke Tempat Asal – MP Lenggong

LENGGONG: Sudah tiba masanya untuk ‘Perak Man’ pulang ke tempat asalnya.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, tinggalan rangka manusia terawal di negara ini, pada masa ini sedang dipamerkan di Muzium Negara, sepatutnya dipamerkan di muzium arkeologi di sini.

“Ia akan memberi lebih impak kepada industri pelancongan tempatan di sini.

“Ia akan menjadi lebih bermakna bagi ‘Perak Man’ dipamerkan di sini di mana ia asalnya dijumpai,” kata beliau kepada pemberita.

Beliau menambah, muzium arkeologi itu pada masa ini menempatkan replika rangka berkenaan.

“Pelancong yang mengunjungi Muzium Negara akan menginap di Kuala Lumpur, dan meningkatkan ekonomi tempatan di sana.

“Bayangkan kesannya kepada ekonomi di sini,” tambahnya.

Shamsul Anuar mengulas mengenai pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Artikel Lain