PM Dijemput Hadiri Gegaran Euro 2012 - Semasa | mStar

PM Dijemput Hadiri Gegaran Euro 2012

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijemput menghadiri pesta menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Euro 2012 yang dikenali sebagai 'Gegaran Euro 2012 Bersama Rakyat 1Malaysia' di I-City, Shah Alam pada Isnin pagi.

Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, Najib seorang peminat sukan bola sepak, dijangka tiba pada 1.30 pagi sebelum perlawanan antara pasukan Itali dan Sepanyol bermula pukul 2.45 pagi.

Lim berkata satu skrin gergasi LED berukuran 40 kaki (12.2 meter) kali 16 kaki (4.88 meter), dikatakan sebagai terbesar di Malaysia, didirikan khusus untuk pesta itu di I-City, sebuah taman tema dan teknologi yang dibangunkan syarikat tersebut.

Beliau berkata pesta itu akan bermula pada Ahad petang dengan konsert mini dan aktiviti lain. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain