Kanak-Kanak Sembilan Tahun Ditemui Lemas - Semasa | mStar

Kanak-Kanak Sembilan Tahun Ditemui Lemas

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun ditemui lemas ketika mandi di Terusan Mada, Kampung Pulau Mas dekat Yan, Khamis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan Abu Yazid Othman berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian itu kira-kira pukul 12.02 tengah hari dan seramai lima anggota telah dikejarkan ke sana.

"Semasa kita sampai, mayat Mohamad Zulkifli Ahmad Faiz telah dijumpai oleh orang kampung dan mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, difahamkan kanak-kanak itu pergi ke terusan tersebut yang dalamnya kira-kira tiga meter bersama tiga rakannya dan apabila melihat Mohamad Zulkifli lemas, rakannya itu bergegas meminta tolong daripada orang kampung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain