suria

Kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading Bersifat Peribadi - Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kenyataan ahli Parlimen Sri Gading mengenai perhimpunan Bersih dan Datuk S Ambiga adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti komponen itu.

"Saya ingin menegaskan bahawa BN mendukung Perlembagaan Malaysia dan prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan perhimpunan Bersih tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Ahli Parlimen berkenaan Datuk Mohamad Aziz semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat semalam mencadangkan penganjur perhimpunan Bersih Datuk S.Ambiga digantung sampai mati.

Ini kerana Aziz mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong. -BERNAMA

Artikel Lain