suria

Kelindan Lori Dipenjara Enam Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang kelindan lori pada Rabu dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan bekas teman wanitanya dengan menggunakan serangkai kunci rumah.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin juga menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap tertuduh, S. Karthik, 23, kerana gagal menunjukkan kad pengenalan kepada pegawai polis.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 11 Jun lepas.

Bagi pertuduhan pertama Karthik didakwa mendatangkan kecederaan terhadap S. Navena, 22, di tingkat 3, Blok D, PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, Sentul di sini pada 5 petang 11 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Artikel Lain