suria

Dua Beradik Ditahan Bersama Hampir 2kg Heroin

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab (dua kiri) bersama Pemangku Ketua Jabatan Siastan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah ASP Mior Abdul Khalil Abdul Aziz (kiri) dan pegawai penyiasat, Inspektor Zulhafiz Zainuddin (dua kanan) menunjukkan dadah jenis heroin dalam operasi polis di kawasan Aman Jaya, Sungai Petani Ahad lepas. Dalam operasi pada pukul 8.30 malam Ahad itu, polis merampas 1,803.10 gram heroin yang dianggarkan bernilai RM36,000 daripada kedua-dua lelaki itu yang sedang menaiki sebuah motosikal. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Dua lelaki yang merupakan adik-beradik ditahan kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah dalam satu operasi polis di kawasan Aman Jaya, Sungai Petani Ahad lepas.

Dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kira-kira 8.30 malam itu, polis merampas 1,803.10 gram heroin yang dianggarkan bernilai RM36,000 daripada kedua-dua lelaki itu yang sedang menaiki sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, mereka yang ditahan berumur 33 dan 25 tahun dan tinggal di Sik, Kedah dan Gerik, Perak.

"Pihak kami menjumpai empat bungkus dadah dalam plastik yang diletakkan dalam raga motosikal tersebut dan siasatan juga turut menjumpai wang tunai berjumlah RM5,000," katanya semasa sidang media di IPK Kedah di sini Selasa.

Katanya, beliau percaya dadah itu akan dibungkus secara kecil sebelum diedarkan di sekitar kawasan Sungai Petani.

"Siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek memperoleh dadah itu dari Seberang Jaya, Pulau Pinang," katanya.

Abdul Ghafar berkata, pemeriksaan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta BMW di sebuah rumah berhampiran tempat kedua-dua beradik itu ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Undang-undang Perlucutan Hak Harta.

"Kedua-dua suspek dipercayai telah menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak setahun lepas dan turut mempunyai rekod jenayah dan dadah. Mereka direman selama tujuh hari bermula semalam," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain