suria

Sistem Interaktif Kesan Suspek Jenayah Lebih Efektif

JOHOR BAHRU: Polis mempunyai akses kepada waktu sebenar bagi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terhadap pemantauan dari pusat membeli-belah dan premis perniagaan lain serta kawasan strategik di bawah majlis tempatan bagi membantu memerangi jenayah.

Kamera CCTV di kawasan perumahan juga dihubungkan kepada sistem interaktif yang bermula di Johor sebelum diperkenalkan ke Kuala Lumpur dan Selangor, diikuti negeri-negeri lain.

Rakaman CCTV itu akan disalurkan kepada unit patrol polis, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan motosikal melalui satu pusat di bawah satu sistem di mana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang melancarkannya di sini pada Isnin sebagai permulaan kepada fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk jenayah.

Beliau melihat demonstrasi klip video berdurasi empat minit yang menunjukkan bagaimana sistem yang melibatkan peruntukan RM95 juta itu berfungsi di ibu pejabat polis Johor, pusat kawalan untuk negeri itu.

Hishammuddin berkata: “Ini merupakan jawapan Kerajaan kepada permintaan rakyat untuk mempercepatkan tindakan polis (memerangi jenayah) dan saya percaya sistem ini akan menjadikan mereka lebih cekap dan pantas.”

Beliau menambah, sistem berkenaan merupakan mekanisme bagi memastikan setiap jenayah yang dilaporkan dapat dikendalikan dengan lancar tanpa sebarang salah faham antara unit patrol dan pusat kawalan.

Menteri turut memberitahu bahawa kotak maklum balas kecemasan akan dipasang di lokasi-lokasi strategik secara meluas di seluruh negara untuk orang awam berkomunikasi dengan polis mengenai sebarang jenayah.

“Mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan bercakap dengan interkom.”

Hishammuddin berkata, sistem tersebut memerlukan kerjasama antara orang awam dan sektor swasta serta menggesa syarikat-syarikat untuk tampil ke hadapan.

Beliau berharap supaya mendapat maklum balas dalam tempoh tiga minggu daripada polis dan majlis tempatan berhubung sistem itu bagai melihat bagaimana kementeriannya dapat membantu menyelaraskan kerjasama di kalangan semua yang terlibat dan menambahbaik inisiatif itu.

Artikel Lain