suria

Rafizi Sahkan Bertanding Kerusi Parlimen Pada PRU-13

Mohd Rafizi Ramli
 Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"Di mana sayaakan bertanding, akan hanya diumumkan pada saat-saat akhir, sehari sebelum hari penamaan calon. Namun apa yang pasti saya akan bertanding.

"Di mana saya akan bertanding, mari kita bermain permainan meneka," kata Rafizi ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan atau Kemaman.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR pada Isnin, Rafizi berkata sukar untuk beliau menolak tawaran bertanding kerana dia adalah pengarah strategi parti itu.

Beliau turut mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen dan bukannya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

Rafizi sekali lagi menegaskan bahawa peletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangora adalah kerana ingin memfokuskan kepada kerja-kerja parti dan persiapannya bertanding sebagai calon dalam PRU13 dan bukannya kerana perselisihan faham yang berlaku dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Artikel Lain