suria

Polis Temui Mayat Lelaki Hampir Reput Di George Town

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas ditemui mati tergantung di dalam sebuah rumah kedai di Jalan Sungai Ujong di sini awal Selasa.

Mayat Hoo Seam Teck, 72, ditemui lengkap berpakaian dengan kedua-dua belah tangannya terikat dan tergantung di dalam sebuah bilik di rumah sewanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superitendan Gan Kong Meng berkata, seorang jiran membuat laporan polis setelah terhidu bau yang amat busuk dari rumah Hoo.

"Polis masih menjalankan siasatan sama ada terdapat unsur jenayah sehingga menyebabkan kematian mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk rumah lelaki itu dan polis percaya mangsa mungkin mati sejak tiga atau empat hari lepas berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan mereput.

Katanya, mayat lelaki yang berasal dari Taiping, Perak itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain