suria

Bapa Saudara Sultan Selangor Diperintah Bela Diri Atas Pecah Amanah

PETALING JAYA: Bapa saudara Sultan Selangor telah diarahkan hadir membela diri atas kesalahan pecah amanah di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim, Rozina Ayob memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Tengku Mohd Jamil Tengku Shahrudin Shah,63, yang merupakan pengarah sebuah syarikat pembinaan.

Tengku Mohd Kamil didakwa menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.5 juta daripada syarikatnya Aneka Melur Sdn Bhd pada Februari 2010.

Menurut fakta kes beliau dakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat Aneka Melor, Kelana Jaya Square, Kelana Jaya pada 2 Ogos 2005 dan 3 Julai 2006.

Peguam Tengku Mohd Kamil, Md yunos Shariff memberitahu mahkamah bahawa mereka merancang untuk memanggil empat orang saksi termasuk tertuduh.

Perbicaraan akan diteruskan pada 6 Julai.

Artikel Lain