suria

Tiga Lelaki Hilang Di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun dipercayai hilang di Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR), Ampang Jaya malam Ahad.

Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Sentul, Izzar Kadir berkata dua lagi daripada mereka berusia 27 dan 30 tahun. "Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menerima laporan pada 10.30 malam tadi dan terus memulakan operasi pencarian. Namun kami menghentikan operasi selepas beberapa jam berikutan keadaan yang terlalu gelap di kawasan itu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata operasi itu disambung semula 10 pagi ini dengan bantuan enam anggota JPAM, 10 anggota Balai Polis Hulu Klang dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.

Izzar berkata mereka masih menyiasat sama ada ketiga-tiga lelaki berkenaan hilang semasa berjoging. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain