Pendekatan Seimbang Untuk Bangun Masyarakat Luar Bandar - Shafie Apdal - Semasa | mStar

Pendekatan Seimbang Untuk Bangun Masyarakat Luar Bandar - Shafie Apdal

SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kementeriannya menggunakan pendekatan seimbang dalam membangunkan modal insan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata di samping membangunkan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya, kementeriannya pada masa yang sama dengan kerjasama pelbagai agensi turut melaksanakan aktiviti dan program pembangunan insan untuk masyarakat.

"Sebagai menteri kampung, saya bertanggungjawab membangunkan keperluan fizikal rakyat luar bandar. Walaupun tidak semua pembangunan keperluan asas berkenaan di bawah tanggungjawab saya namun pembangunan fizikal ini digabungkan sekali dengan pembangunan modal insan," katanya.

Shafie berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Hari Guru peringkat Daerah Semporna di sini malam Ahad.

Sehubungan itu katanya di bawah kementeriannya terdapat banyak agensi dan institusi yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan pembangunan modal insan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Giatmara, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maktab Rendah Sains (MRSM) dan universiti.

Beliau berkata sebagai contoh, Kemas selain menyediakan pelbagai latihan kemahiran untuk masyarakat luar bandar, ia juga membuka kelas-kelas prasekolah iaitu Tabika Kemas bagi menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak luar bandar sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan lebih tinggi.

Katanya perancangan dan perlaksanaan semua program dan aktviti berkenaan dikendalikan secara rapi dan tidak boleh dilakukan secara 'meraba-raba' atau berdasarkan semangat semata-mata kerana yang lebih penting ialah hasilnya dapat dirasai dan dinilai berdasarkan Indeks Keberhasilan Utama (KPI)yang ditetapkan.

Menurut Shafie, dengan perancangan aktiviti dan program yang rapi serta penetapan hasil yang boleh dinilai, segala kelemahan dan kekuatan pelaksanaan program berkenaan dapat dikenal pasti dan ia amat penting bagi melakukan penambahbaikan secara beterusan terhadap segala usaha yang dilakukan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain