PDRM Perluas Rondaan Di Sekolah Seluruh Negara - Khalid - Semasa | mStar

PDRM Perluas Rondaan Di Sekolah Seluruh Negara - Khalid

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperluaskan rondaan di sekolah seluruh negara terutamanya di kawasan berisiko bagi memantau keselamatan pelajar, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata anggota polis dengan bantuan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) akan melakukan rondaan di kawasan sekolah pada waktu pagi, tengah hari dan petang.

"Kita telah memperkenalkan program rondaan ini di sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur dan Selangor sejak dua bulan lepas dan selepas ini kita akan melanjutkan program seumpama ini ke semua sekolah berisiko tidak lama lagi.

"Dengan program yang dilaksanakan ini, masyarakat akan menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan panas dan sering berlaku jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi dan Menutup Majlis Peringatan Hari Polis di Pulau Duyong, di sini, Isnin.

Beliau berkata dengan inisiatif yang dilakukan itu, masyarakat akan merasa lebih selamat.

Khalid berkata dua anggota polis dan tiga anggota Rela akan melakukan rondaan itu, namun jumlah tersebut bergantung mengikut kesesuaian sesuatu tempat berkenaan.

Beliau berkata setakat ini pihaknya masih memantau beberapa buah sekolah yang dianggap berisiko untuk menempatkan anggota keselamatan bagi memantau keselamatan pelajar.

Sementara itu, beliau berkata kira-kira 100,000 pegawai dan anggota polis digerakkan dalam melakukan rondaan bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela di bawah program Rondaan 1Malaysia yang telah dilaksanakan di seluruh negara.

Melalui program yang dimulakan tahun lepas itu, indeks kadar jenayah negara berjaya diturunkan sebanyak 10.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 berbanding tempoh sama tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain