suria

Murid Ditemui Lemas, Rakan Masih Hilang

JERANTUT: Mayat seorang murid Tahun Tiga yang dilaporkan lemas ketika mencari ikan bersama rakan-rakannya di Sungai Kampung Jerangsang di sini semalam ditemui terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pagi Isnin.

Mayat Muhammad Firas Samsudin, 9, ditemui anggota penyelamat kira-kira 9.45 pagi sementara rakannya Mohd Aiman Abdullah, 9, yang turut dilaporkan lemas masih belum ditemui.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail, dalam kejadian tengah hari itu, enam rakan yang sama usia itu dikatakan pergi ke sungai untuk mencari ikan.

"Empat daripada mereka turun ke dalam sungai manakala dua lagi berada di atas tebing. Dua daripada mereka kemudiannya dilaporkan lemas dan dibawa arus sungai," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Azid berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang diteruskan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain