suria

Felda Global Catat Keuntungan RM280.806 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai rendah sebanyak RM280.806 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2012, berbanding RM495.284 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM1.719 bilion, semasa tempoh tersebut, daripada RM1.688 bilion sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pendapatan tinggi itu adalah hasil daripada jualan minyak sawit mentah dan isirung sawit yang bertambah baik tetapi diimbangi penurunan dalam pendapatan daripada segmen hiliran.

Sementara itu, Felda berkata operasinya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012, dijangka dipengaruhi oleh keupayaan untuk mengekalkan bahagian pasaran, meningkatkan jualan dan pemulihan ekonomi di dalam negara dan juga global. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain