suria

Dua Disyaki Pengedar Dadah Diberkas

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah yang menjadikan sebuah kabin kosong di ladang getah dekat Lanchang, Temerloh sebagai tempat membungkus dadah.

Dalam kejadian 2 petang Ahad itu, kedua-dua suspek berumur 26 dan 27 tahun itu berjaya diberkas manakala seorang lagi suspek, 30, berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Md Nor Mansor berkata, dalam kejadian 2 petang itu, ketiga-tiga suspek yang berumur 26 hingga 30 tahun itu sedang asyik membungkus dadah jenis syabu dan ganja untuk diedarkan.

Bagaimanapun, seorang daripada suspek itu dapat melarikan diri, katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata polis menemui dadah dan syabu dianggarkan bernilai RM500.

Polis turut menemui 14 butir peluru senapang patah.

"Suspek mendakwa peluru tersebut bukan milik mereka, bagaimanapun pihak polis masih meneruskan siasatan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain