Dasar Pandang Ke Timur Masih Relevan 30 Tahun Akan Datang - Tun Mahathir - Semasa | mStar

Dasar Pandang Ke Timur Masih Relevan 30 Tahun Akan Datang - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Dasar Pandang Ke Timur yang pelaksanaannya masuk tahun ke-30 tahun ini, masih lagi relevan 30 tahun akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata masih banyak lagi yang perlu dipelajari daripada dua negara utama bagi dasar itu, Jepun dan Korea, khususnya mengenai kebudayaan dan sistem nilai mereka termasuk disiplin, etika kerja dan semangat patriotisme.

"Saya berharap Dasar Pandang Ke Timur akan menolong kita belajar tentang kebudayaan di kedua-dua buah negara itu kerana budaya dan sistem nilai itu yang telah menggerakkan mereka begitu pantas sehinggakan meninggalkan kebanyakan negara maju jauh (mengekori) di belakang," katanya.

Dr Mahathir menyampaikan ucaptama di 'Seminar Antarabangsa sempena Sambutan 30 Tahun Dasar Pandang Ke Timur: Kemampanan dan Kejayaan' di sini, Sabtu.

Beliau berkata perlu ada universiti dan pusat latihan Jepun dan Korea yang diuruskan sendiri oleh negara berkenaan, dibina di negara ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat mempelajari budaya dan sistem nilai mereka daripada menghantar ke seberang laut dengan kos yang sangat tinggi.

Dr Mahathir berkata universiti-universiti tersebut perlulah berupa replika kepada apa yang ada di negara mereka daripada segi seni bina, landskap dan bahasa yang digunakan.

"Jika universiti itu terletak di Malaysia, ianya lebih murah tetapi seluruh persekitarannya akan seperti di Jepun.

"Oleh yang demikian, rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan boleh belajar di universiti itu. Bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan warga asing dari negara-negara membangun juga mampu masuk ke universiti ini.

"Dengan menyerap budaya orang lain tidak akan mengubah kita. Kita masih orang Malaysia. Kita telah menerima banyak budaya barat namun kita masih kekal sebagai Melayu, Cina dan India Malaysia. Kita tidak rugi apa-apa," katanya.

Dr Mahathir berkata, Visi 2020 juga boleh dicapai, jika rakyat Malaysia benar-benar mahu mencapainya, dan belajar daripada Jepun dan Korea bagaimana untuk mencapai tujuan tersebut.

Kedua-dua Dasar Pandang Ke Timur dan Visi 2020 itu diilhamkan beliau semasa menjadi Perdana Menteri.

Kemudiannya ketika bercakap kepada pemberita, Duta Jepun dan Naib Menteri Korea mengalu-alukan idea bagi penubuhan unversiti-universiti berkenaan di Malaysia.

Duta Jepun, Shigeru Nakamura berkata universiti dan kolej di Jepun sedang menimbangkan secara serius menubuhkan cawangan-cawangan dan ibu pejabat mereka di seberang laut, yang setakat ini sudahpun ada di Eropah dan Amerika Syarikat, dan diharapkan di Malaysia sedikit masa lagi. Naib Menteri Pentadbiran Awam dan Keselamatan Republik Korea, Dr Seo Pil-Eon, pula berkata beliau mengakui pentingnya perkongsian pengalaman antara kedua-dua negara, dan sehubungan itu bersedia menimbangkan penubuhan sebuah kampus universiti di sini. Seminar sehari itu dianjurkan oleh Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, bertujuan meneliti pelaksanaan dasar tersebut sepanjang 30 tahun selain menyediakan ruang berkongsi pandangan dan idea serta membincangkan tentang kejayaan dan masa depannya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain