suria

Suri Rumah Mangsa Letupan 'Kotak Hadiah' Meninggal Dunia

SUNGAI PETANI: Seorang suri rumah berusia 48 tahun yang cedera parah selepas bungkusan yang berisi bom buatan sendiri meletup di rumahnya di Taman Angsana Sari meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim.

Tan Cheng Fang yang mengalami kecederaan di kedua-dua tangan dan abdomennya meninggal dunia pada pukul 10 pagi, Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 kerana membunuh.

Kejadian mengerikan pada pukul 8.21 pagi Jumaat itu turut mencederakan anak saudaranya berusia 11 tahun.

Ledakan kuat tersebut bukan sahaja menyebabkan perut wanita itu terburai malah beberapa bahagian jarinya turut terpelanting sejauh kira-kira 10 meter ke arah rumah jiran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain