Pelajar Malaysia Di Medan, Aceh Selamat Dalam Kejadian Gempa Bumi - Semasa | mStar

Pelajar Malaysia Di Medan, Aceh Selamat Dalam Kejadian Gempa Bumi

JAKARTA: Semua pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dan Aceh, Indonesia dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 6.6 pada skala Richter yang berlaku di Aceh Selatan pada pagi Sabtu.

Semasa kejadian pada pukul 11.34 pagi waktu tempatan itu, mahasiswa Malaysia di Medan yang sedang menduduki peperiksaan bergegas keluar dari dewan peperiksaan ke kawasan lapang Universiti Sumatera Utara (USU).

Gegaran gempa bumi itu dirasakan di kawasan Medan kerana kedudukannya yang bertentangan dengan pusat gempa yang berlaku di 127 km barat daya Medan dan 1,417 km barat laut Jakarta itu.

Pengarah Education Malaysia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata sehingga kini belum ada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda yang melibatkan mahasiswa Malaysia.

Sementara itu, pelajar-pelajar Malaysia di Aceh langsung tidak merasai gegaran gempa bumi itu kerana kedudukan mereka jauh dari pusat gempa.

Mengikut rekod daftar EM Indonesia, ada seramai 1,535 pelajar Malaysia di Medan dan 62 orang di Aceh.

Pihak EM Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsul Jeneral Malaysia di Medan terus memantau keadaan para pelajar kedua-dua kawasan itu berikutan gempa bumi yang terbaru itu.

Pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan amaran tsunami dalam kejadian gempa bumi itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini