suria

Dedahkan Kegagalan PAS Tunai Janji Kepada Rakyat - Mustapa

KOTA BAHARU: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan PAS menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji PAS yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat.

"Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji PAS sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menutup "Forum 22 Tahun Kerajaan PAS Kelantan: Satu Penilaian" anjuran Orang Muda Berpadu Anti Korapsi Kelantan (OMBAK)" di sini, Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Kelantan (Mubarak), Datuk Mohd Rozali Isohak dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis PAS. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain