suria

Pemuda Umno Tubuh Sekretariat Bantu OKU

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah menubuhkan sekretariat khas bagi memperjuangkan hak golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengerusi Biro Aduan Komuniti pergerakan itu Datuk Muhd Khairun Aseh berkata penubuhan sekretariat khas berkenaan bertujuan membantu golongan OKU agar tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Bercakap pada satu sidang akhbar di sini, beliau berkata, daripada kira-kira 200,000 OKU di negara ini, hanya 3,860 orang yang mempunyai pekerjaan tetap.

Artikel Lain