suria

Mohd Rafizi Letak Jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor

Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli.
Mohd Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Khamis meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

Mohd Rafizi memaklumkan mengenai perletakan jawatan itu menerusi Twitter milik beliau pada petang Khamis.

Beliau berkata, perletakan jawatan adalah proses biasa dan beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.

“Saya telah beri notis letak jawatan dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor boleh merujuk pada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya.

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Rafizi dalam Twitter miliknya turut berkata. “Letak jawatan adalah proses biasa. Perlu sedikit rehat. Letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.”

Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu.

Artikel Lain