suria

Miti Akan Bincang Tentang Pelaksanaan Umur Minimum Persaraan

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed memberi jaminan kepada kumpulan industri mengenai tempoh pelaksanaan umur persaraan baru yang diputuskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Isu berkenaan mengenai tempoh pelaksanaan itu akan dibincangkan oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan beberapa pihak lain yang relevan. Kami akan mendengar pandangan mereka tetapi perlu diingatkan bahawa kerajaan juga mempunyai pandangan mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama persatuan-persatuan nasional di mana lebih 30 kementerian, jabatan kerajaan, agensi dan persatuan berkumpul untuk membincangkan tentang isu bukan berkaitan dengan cukai dan pertukaran pandangan mengenai cabaran industri.

Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menyerahkan memorandum mengenai perbincangan itu kepada Mustapha pada sesi dialog berkenaan.

Mereka mengesyorkan supaya majikan diberikan tempoh pelaksanaan antara tiga sehingga lima tahun.

MEF mencadangkan tempoh pelaksanaan lima tahun dan pengecualian bagi sektor tertentu seperti pembinaan, syarikat penerbangan, tekstil dan pengangkutan dari Rang Undang-undang Umur Persaraan Baru 2012.

Bagaimanapun, FMM menyatakan bahawa tempoh peralihan yang secukupnya adalah 24 bulan daripada tarikh ia dikuatkuasakan dan lagi 12 bulan dari permohonan kepada menteri.

Mereka turut mencadangkan satu tempoh pelaksanaan alternatif bagi umur minimum persaraan dari 55 ke 57, dengan mewajibkan mereka bekerja semula sehingga usia mencecah 60 tahun.

MICCI mengesa bahawa tempoh tiga tahun adalah sesuai untuk membuat pelarasan kerana ‘perubahan yang tergesa-gesa berhubung polisi’ akan menjejaskan ekonomi secara amnya.

Artikel Lain