suria

Bayi Baru Lahir Diletakkan Di Hadapan Kuaters Jabatan Orang Asli

GOMBAK: Seorang pemandu terkejut apabila dia menemui sebuah beg yang mengandungi seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan pagar kuatersnya.

Kuaters itu adalah kuaters Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang terletak di Batu 12 di sini.

Pemandu berusia 48 tahun itu sedang bersiap-siap hendak pergi kerja di Hospital Orang Asli dekat sini apabila dia terlihat beg tersebut di hadapan kuatersnya.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, selepas lelaki berkenaan membuka beg pakaian itu dia mendapati terdapat seorang bayi perempuan di dalamnya.

Bayi seberat 3.13kg itu katanya dibalut dengan sehelai kain.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai bayi tersebut bolehlah menghubungi talian 03 -6138 5222 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Lain