suria

AirAsia Buat Penjelasan Mengenai Invois MAHB

SEPANG: AirAsia Bhd menjelaskan bahawa jumlah tunggakan RM7 juta kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) seperti didakwa itu berpunca daripada kesilapan membuat invois.

“Sifar hutang atau tiada hutang," kata Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Ekeskutidf Kumpulan AirAsia, kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu pada Khamis.

Dalam kenyataan pada Rabu, AirAsia berkata, kelewatan pembayaran itu disebabkan MAHB mengeluarkan invois dengan jumlah yang salah, yang bermakna pembayaran perlu ditangguh bagi membetulkan kesilapan.

Mengenai Malaysia Airlines, beliau berkata, usaha sama itu akan memanfaatkan Malaysia.

Ditanya sama ada wujud kerjasama sebenar, beliau berkata: “Kita perlu tunggu dan lihat.”

Mengenai dasar dividen, beliau berkata, pengurusan akan membuat cadangan kepada lembaga pengarah syarikat supaya mewujudkan dasar dividen tahunan. – BERNAMA

Artikel Lain