Sektor Swasta, Kerajaan Perlu Kerjasama Rapat - PM - Semasa | mStar

Sektor Swasta, Kerajaan Perlu Kerjasama Rapat - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sektor swasta dan kerajaan perlu bekerjasama bagi memastikan daya tahan ekonomi Malaysia diperkukuhkan lagi bagi menampan apa sahaja kesan yang bakal diterima dari ekonomi global.

Katanya tinjauan ekonomi global yang muram dan kegawatan kewangan yang berlaku di zon euro dijangka memberikan risiko yang serius terhadap ekonomi dunia.

"Kita perlu memastikan ekonomi negara berada pada kedudukan paling kukuh bagi mengharungi kegawatan ekonomi global."

"Kita perlu berusaha bermati-matian bagi mengukuhkan daya saing produk dan perkhidmatan Malaysia dan meraih peluang baharu di pasaran bukan tradisi bagi mengekalkan prestasi eksport," katanya semasa menyampaikan ucaptama semasa Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ke-66 di sini Rabu.

Najib berkata sektor swasta dijangka memainkan peranan yang semakin meningkat di dalam membentuk iklim pelaburan.

"Saya akan mengumumkan satu siri insentif pelaburan dari semasa ke semasa bagi menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik.

Beliau berkata krisis yang berlaku di zon euro dan kemelesetan di dalam ekonomi AS membahayakan keyakinan perniagaan dan pasaran.

"Sebarang bentuk ketidaktentuan atau ketidakstabilan akan mendorong kepada risiko perniagaan yang lebih meluas," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor